top of page

Sekadar Muncul dalam Jawapan AI Tidak Mencukupi: Jenama Malaysia Perlu Membina Kepercayaan, Bukan Sekadar Keterlihatan

2 hours ago
3 min read

Pemimpin komunikasi dari 13 pasaran Asia, termasuk Malaysia, berpendapat bahawa kredibiliti, bukannya keterlihatan dalam AI semata-mata, akan menentukan jenama yang berjaya.


KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Seiring dengan peranan Artificial Intelligence (AI) yang semakin mempengaruhi cara pengguna menemui dan menilai jenama, pemimpin komunikasi dari seluruh Asia menggesa perniagaan agar melihat melangkaui aspek keterlihatan dan meneliti faktor yang menjadikan sesebuah jenama layak dipercayai serta dipilih oleh pengguna.


Inilah mesej utama yang diketengahkan dalam Forum Komunikasi Serantau OAC 2026, yang baru-baru ini berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam. Dianjurkan oleh Ivy+Partners dari Vietnam dengan One Asia Communications (OAC) sebagai rakan rangkaian, forum tersebut menghimpunkan wakil jenama dan profesional komunikasi dari 13 pasaran, termasuk Malaysia.


Keterlihatan Tidak Sama dengan Kepercayaan

Konsensus umum yang dicapai dalam Forum sehari itu adalah, walaupun Generative Engine Optimisation (GEO) kini muncul sebagai cara untuk meningkatkan keterlihatan jenama dalam penemuan berpacukan AI, kemunculan sesebuah jenama dalam jawapan yang dijana AI tidak semestinya bermakna jenama tersebut diwakili dengan tepat atau dipercayai.


Jawapan AI merujuk kepada pelbagai sumber, justeru konsistensi dan kredibiliti kehadiran digital sesebuah jenama secara menyeluruh adalah lebih penting daripada sebelumnya. Bagi jenama Malaysia, ini merangkumi usaha memastikan maklumat kekal tepat di merentas laman web, media sosial, liputan media dan setiap bahasa yang mereka gunakan.

Walaupun AI mampu mempercepatkan penghasilan kandungan, kebergantungan kepada alat yang serupa tanpa strategi yang jelas boleh menyebabkan jenama kedengaran hampir sama antara satu sama lain.


“Keterlihatan AI dan GEO boleh membantu jenama memahami bagaimana mereka muncul dalam penemuan berasaskan AI. Namun, data keterlihatan hanya menjadi berguna apabila ia memandu keputusan berkaitan kedudukan jenama, kandungan dan keutamaan komunikasi,” kata Ong Hock Chuan, Rakan Pengurusan di Maverick, Indonesia dan Pengerusi rangkaian One Asia Communications.


Pelbagai Suara Malaysia Perlukan Lensa Tempatan

“Bagi jenama Malaysia, disebut oleh AI hanyalah titik permulaan. Kepercayaan dibina di peringkat tempatan melalui tindakan yang konsisten serta hubungan dengan pelanggan dan komuniti, berdasarkan bahasa dan konteks kehidupan mereka. Perkara ini masih memerlukan pertimbangan manusia,” kata Mei K Kuan, Pengasas Quattro Communications yang berpangkalan di Malaysia.


Sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang bahasa, Malaysia mempunyai kelompok khalayak yang berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sering kali gabungan beberapa bahasa-bahasa ini. Perkataan, frasa atau simbol yang sama boleh membawa makna dan sensitiviti yang berbeza merentasi komuniti, wilayah dan generasi. Alat AI mampu menghasilkan kandungan dalam semua bahasa ini, namun pendekatannya seragam, dengan menganggap bahasa sekadar proses terjemahan dan bukannya sesuatu yang memerlukan pemahaman konteks.


Seiring dengan pengaruh AI terhadap cara masyarakat mencari dan mengenali jenama, perniagaan perlu menilai sama ada jenama mereka diwakili dengan tepat, mempunyai keunikan yang jelas dan dipercayai dalam setiap pasaran yang disasarkan.


Skala Serantau Memerlukan Pemahaman Tempatan

Bagi jenama yang beroperasi di seluruh Asia, usaha menskalakan komunikasi melibatkan lebih daripada sekadar menterjemah mesej atau melaksanakan strategi serantau yang seragam.


Rantau ini merangkumi kepelbagaian bahasa, rujukan budaya, persekitaran media, jangkaan pihak berkepentingan dan tingkah laku pengguna. Sesuatu mesej yang jelas dan meyakinkan dalam satu pasaran mungkin ditafsirkan secara berbeza di pasaran lain. Sistem AI juga boleh menghasilkan semula perbezaan ini atau terlepas pandang terhadapnya, bergantung pada maklumat dan konteks yang tersedia.


Seiring dengan peranan AI yang semakin berpengaruh dalam cara masyarakat menemui dan menilai jenama, keterlihatan hanyalah sebahagian daripada cabaran yang perlu ditangani.


Perniagaan juga perlu mempertimbangkan sama ada jenama mereka diwakili dengan tepat, mempunyai pembezaan yang bermakna dan mendapat kepercayaan dalam setiap pasaran yang diceburi.


Peluang sebenar terletak pada usaha menggabungkan keupayaan AI dengan pertimbangan manusia, pemahaman budaya dan hubungan sesama insan yang memberikan nilai sebenar kepada komunikasi.


Mengenai One Asia Communications (OAC)

One Asia Communications (OAC) merupakan rangkaian agensi komunikasi bebas yang beroperasi di 13 pasaran Asia, menghubungkan perspektif serantau dengan kepakaran tempatan. Di Malaysia, OAC diwakili oleh Quattro Communications (M) Sdn Bhd.

Comments


Subscribe Form

©2020 by SeriusAh. Proudly created with Wix.com

bottom of page